Isnin, 15 Oktober 2012

Kakak Senior nak TIPS MACAM MANA NAK CANTIK

Wah , tajuk entry aku nih macam mgambarkan yang aku lah kakak senior yg paling hot (hotdog lah) sehingga kan ada junior aku yang mintak tips nak cantik dari kakak senior yang bajet hot nih ( aku lah) hehe . Tips nak cantik ? hmmm ..rasa nak terberak aku , bila dengar junior aku mintak tips nak cantik... Masalahnya CANTIK ker aku nih? Nak bagi tips apa, aku pon tak penah amalkan mana2 tips... natural beauty ke aku nih ?? haha ( tak bole blar) . Kalau dulu aku lah budak paling comot kat sekolah, budak gemuk yang suka berlari-lari bersama-sama dua rakan kongsi nya Ecah dan Dayah .(masa ni tak der plak yang mintak tips macam mana nak tambah kan lemak ). hahahaha. Orang kata zaman dah maju, teknologi dah canggih, manusia boleh berubah so bila dah meningkat dewasa nih penampilan pun kena lah up to date kan , dari yang KEMBANG jadi lah KECUT sikit. Maybe sebab dah kecut sikit, ramai yang perasan yang aku dah tak usung lemak-lemak aku lagi..kemana hilang lemak nya...
 Adakah ia ditelan zomba??
Atau
 Adakah ia diculik oleh peragut??
Jeng..Jeng3...

Dari yang gemuk to kurus bukan lah senang.. lagi2 kalau kita nie tergolongan daripada manusia bernafsu tinggi, nafsu tinggi? (otak kasi mera sikit, jangan kasi kuning) . 

Antara simpton-simptom nya ialah:
  1. Kalau makan tak pernah kenyang
  2. Makan dalam kuantiti yang BANYAK
  3. Makan semua jenis makanan dalam satu masa (Nasi, Ayam Goreng, Burger, dll)
* Kesemua simpton saya pernah alami... dan hasilnya . BERLEMAK LAH KAU JAH .

p/s : to my beloved junior heeja a. k. a Gemok Toncek akak bukan lah pakar kecantikan, tapi akak boleh bagi serba sedikit tips 4 u based on my experience. (acecece, dah macam consultant)

TIPS 1
Banyakkan mInum air masak. Sekurang-kurang 3-4 liter sehari.Lebih banyak adalah lebih baik. Mengapa perlu minum air banyak? Tubuh badan manusia memerlukan air.Oleh itu dengan pengambilan air,toksin dalam badan dapat dikeluarkan dengan cepat. Ini adalah satu rahsia kurus dan turunkan berat badan dengan cepat dan berkesan dan harga amat murah.


TIPS 2
Kawal habit makan yang buruk. Jangan makan berlalu banyak. Pilih makanan yang rendah kalori . Banyak makan buah, sayur . Dan lakukan senaman . 

TIPS 3
Jangan mudah putus asa, YAKIN pada diri sendiri. Insyaallah.. Awak BERJAYA ! Chaiyok3 . (tak perlu ubat kurus pon ).

* Rambut sama hitam, tapi hati lain2 . Ada orang boleh kurus dengan cepat, ada orang lambat untuk kurus ..Dan apa yang penting adalah : KESABARAN



Saya yang dulu 

DAN
........................
...........................
..........................
.............................................................................

SEKARANG .. HOHO

NAK LAGIIII.......
............................................





*Giler glomour kau kan....










Tiada ulasan:

Catat Ulasan